Friday, January 3, 2014

Discharge

Tak ada ape yang membahagiakan bagi seorang ibu melainkan tengok anak sihat walafiat..

Tengahari tadi doktor dtg bilik..check safiyya..
Dan alhamdulillah..doktor cakap positif

Ank aku dah makan dengan seleranya
Minum dengan banyak
Dah boleh main dengan happy
Dah boleh berlari2
Dan boleh senyummmm!

Seronok tau tak!!
Seronokkk!!

Terima kasih kepada yang mendoakan, yang memberi sokongan..
Semoga ALLAH membalas dengan kebaikan..


Thursday, January 2, 2014

Keputusan Doktor

Semalam doktor minta sample najis anak aku..sebab dari pagi sampai tengahari lebih 10kali anak aku poo poo..

Dan malam tadi lbh kurang pukul 12 - 1 pagi doktor datang ke bilik anak aku..

Masa tu anak aku dan aku tengah tidur..suami tengah layan bola..dan keputusan yng keluar dari mulut doktor tu membuatkan aku amat sangat terkejut..

Doktor cakap, melalui sample najis yang diberi, itu bukan virus biasa, tapi Nadrah Safiyya dah terkena ROTAVIRUS!!

Boleh baca pada link ni: 

http://carca-marba.blogspot.com/2012/02/apa-itu-rotavirus.html?m=1

Kredit: carca-marba.blogspot.com


Walaupon doktor kata iALLAH virus ni akan hilang dalam tempoh mungkin 9 hari..aku tetap risau..sebab doktor juga ada cakap yang smpai satu tahap, virus ni blh dianggap terlalu bahaya dan boleh sebabkan kematian..

Betul jangan fikir negatif.. Tapi ibu mana yang tak risau.. Kalaupon 10 anak nya, xkan sama setiap seorang tu kan..
Ini kan pulak aku yang baru ada seorang anak..risau!!takut!!semua ada...

Tapi ALLAH kan ada..

Tak pernah sedetik seorang ibu untuk lupa mendoakan yang terbaik untuk anaknya..macam tu juga dengan aku..

Semoga ALLAH sembuhkan Nadrah Safiyya seperti sedia kala..

Kepada yang membaca, doakan anak aku sama..

Semoga ALLAH rahmati anda...

Ibu ayah sayang Safiyya!! Sayang sangat!! Semua orang pon sayang Safiyya kan..:))



Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: