Thursday, May 5, 2011

Ciri-ciri suami soleh

Kalau ada Isteri..mesti la ade suami kann...jadi..untuk suami2..dan bakal suami..sila lah baca ini..dan becakaplah dengan diri sendiri...

.."mampukah aku menjadi suami soleh?"


Ciri-Ciri Suami Soleh
  1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
  2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
  4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
  7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
  11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
  15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

ehem3..sebenarnya..ni untuk En. Bakal Suami saya..

SEKIAN..:))

12 comments:

Miss Sunshine said...

Thanks 4 sharing.. InsyaAllah.. semoga kita dapat menjadi isteri solehah kepada suami yang soleh... =)

(P/S: Bila En Bakal Suami nak bertukar status kepada Suami? hehe)

Prince Halilintar said...

insyaAllah, prince azam akan jadi bakal suami yg sedemikian..hehe

aisyah ahmad said...

MS:ameen...kite semua jadi isteri solehah yekk..ehem3..itu kena tunggu ye MS..:)

PH:ameen..AA doakan..:)

Rozami said...

ewah2. romantiknya diorang

aisyah ahmad said...

rozaimi:begitu lah gamaknye..hehe

Nasriq said...

hoho... aku tak ada dalam senarai...

KUREKURE COMEL said...

ehem..ehem...mina nak bg mat baca...hehehe....


yg entri AA lps kemain ajuk2 mina...hehehe

aisyah ahmad said...

TK:sila lah masukkan diri anda di dalam senarai yekk

mina:cepat2..pakukan mat di depan laptop..

ececechh..mina isteri solehah yekkk...alhamdulilah..sejuk ati mat..

Mr iz said...

la ingat kan aku tadi en bakal suami...he he he he....wachaaaaa... tak pasal pasal kena baling dengan batu lesung denga bini aku...he he he.... wah cik aisyah... bila tu ... ehemmm...

aisyah ahmad said...

Mr Iz:aishhhh..mane boleh Mr.Iz..nanti bukan setakat bkene baling lesung...kereta pon dibaling nyee...

bile??ehem3...i'ALLAH..akan dibagi tau nanti..:))

ctmarqonah said...

Sgt sweet la korg berdua nih!!!!! Aku doakn yg terbaik buat kalian!!!!

aisyah ahmad said...

ctmarqonah:wakakaka...thanks syg..:))

Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: