Wednesday, May 4, 2011

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Bila dah malas nak cari idea..maka kita harusss lah meng'copy-paste' dari mana2 sumber ye..

hari ni..saya nak share pasal ciri-ciri isteri solehah..

sila lah baca yek..


* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menja
ga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Sumber<--sila klik



dan lepas baca..pegi duduk depan cermin..cakap sorang2..tanya diri tu..
"Dah Cukup Solehah ke aku ni untuk suami aku??"

SEKIAN..:))

9 comments:

Prince Halilintar said...

jgn putus asa, boleh berusaha lagi ke arah mendapat istilah isteri solehah tu..janji niat kerana Allah..

KUREKURE COMEL said...

mina pun selalu terpikir gitu...
mina pun berharap mina blh jd isteri yg solehah..walau agak gila gila ckit..hehehe

Cik Ezy said...

nk jgk jdk isteri solehah,..
ngee

zati embong said...

mina kalau dia buli mat kaw2.siap kurung dlm toilet lagi.haha

jat nak jadi ibu yang terbaik!hihi.ooh isteri ye?mestilah nak jd isteri yg solehah jugak O.o hihi

intan.maisarah said...

moga saya menjadi isteri solehah untuk suami saya kelak

aisyah ahmad said...

prince halilintar:AA nak jadi isteri solehah..nak masuk syurga..

mina:mina..AA ni spesis tak betol..agaknye lebih kurang mina la kann..tapi kita tetap blh jd isteri solehah kan mina,,:)

cik ezy:jom kita doa sama2 semoga suami kita pon soleh..i'ALLAH kita pon solehah..

ZE:haishh..mat tak repot polis ke??;p...yeayy!!isteri solehah!!ibu mithali!!

IM:ameen ya rabb..:))

TeAqArH said...

semenjal 2 ni...senyum selalu kau kan...aku doakan ko akan menjdi istri solehah..biaq pd mata org laen ko x mcm is3 solehah,tp pd mata bakal suami ko,ko is3 yg dya cari,ko permaisuri yg dya nak dlm hidp dya,ko sbgai ibu kpda anak2 dya,ko peneman dikala dya duka,ko pengubat dikala dia sakit....bukan sja ko sempurna dimata bakal suami ko kakde,tp sempurna dimanaNYA....org laen xtau menilai kita melainkan DIA

cik sakdi said...

ye.. boleh punyer. memang susah nak jadi perfect di mata suami. eceh cakap mcm dah kawen je. huhu

ctmarqonah said...

Dh lme xjenguk cni... Xpe yg pnting aku drop komen jgk... Doakn aku jdi isteri solehah taw!!!! Hahahahah!!!!

Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: