Tuesday, May 17, 2011

Kenapa Perempuan Nak Cantik??

Hehehehehe...

Berdiri depan cermin dan cakap..."SELAMAT HARI GURU" pada diri sendiri..

Masa duduk depan cermin tu jugak...berkata lah saya di dalam hati..."cantik rupanya saya ni"..haaaaa..tu nak kate saya masuk bakul angkat sendiri la tu..mustahil!!!mana boleh nak buat gitu!!

Okay..okay..okay!!sebenarnya saya TAK CANTIK!!

Tapi saya NAK CANTIK!!

Kenapa perempuan nak cantik ye???

Agaknya laa..ni sebab die:

1- Kalau tak cantik..tak dek orang nak..kalau tak ade orang nak..tak boleh la kawen...
**ehhh..tapi saya ada org nak..maknanya??..;p

2- Perempuan akan lebih berkeyakinan tinggi bila dia 'CANTIK'...
**saya pon bekeyakinan tinggi..maknanya??..;p

3- Perempuan akan rasa rendah diri bila mereka TAK CANTIK..
**tapi saya cool jekk..maknyanya??..;p

4- Biasanya...perempuan cantik senang dapat kerja..sebab mereka ada pakej..
**saya pon senang dapat kerja..maknanya???;p

5- Bagi perempuan yang dah bersuami..mereka memang WAJIB jaga kecantikan untuk suami kann..
**saya tak ada suami lagi..no comment..

korang rasa ade sebab lain lagi ke ye??

Tapi..apa2 pon..cantik tu sebenarnya subjektif (dari kecik lagi dgr org cakap ayat ni...tapi sebenarnya bukan paham pon..wakaka..)..lain orang..lain mata..kannn...dan kepada perempuan2 semua..percayalah yang kita semua adalah CANTIK!!!..pedulikan apa orang kata!!diorang jeles!!

SEKIAN..:)

Thursday, May 5, 2011

Ciri-ciri suami soleh

Kalau ada Isteri..mesti la ade suami kann...jadi..untuk suami2..dan bakal suami..sila lah baca ini..dan becakaplah dengan diri sendiri...

.."mampukah aku menjadi suami soleh?"


Ciri-Ciri Suami Soleh
  1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
  2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
  4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
  7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
  11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
  15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

ehem3..sebenarnya..ni untuk En. Bakal Suami saya..

SEKIAN..:))

Wednesday, May 4, 2011

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Bila dah malas nak cari idea..maka kita harusss lah meng'copy-paste' dari mana2 sumber ye..

hari ni..saya nak share pasal ciri-ciri isteri solehah..

sila lah baca yek..


* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menja
ga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Sumber<--sila klik



dan lepas baca..pegi duduk depan cermin..cakap sorang2..tanya diri tu..
"Dah Cukup Solehah ke aku ni untuk suami aku??"

SEKIAN..:))

Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: