Saturday, February 5, 2011

Selamat Mengajar!!

Salam 4 all..

Saya nak bagi tahu ni..yang saya dah dapat penempatan untuk mengajar tau..ramai kawan-kawan yang konpius..kenapa saya tahu awal di mana penempatan saya..sebab saya dapat mesej macam-macam..antaranya:

"kak aisyah..dah boleh tahu result penempatan ke??ada kat internet ye?"

"aisyah..macam mana awak tahu penempatan awak?kitorang tak tahu pun lagi.."

ok..sekarang..saya boleh jawab ikut apa yang saya tahu ye..

Lain IPG, lain caranya..dan biasanya, pelajar akan ditempatkan di negeri di mana IPG itu berada..contohnya, macam saya pelajar IPG Raja Melewar, Negeri Sembilan, jadi saya ditempatkan di sekolah rendah kawasan Negeri Sembilan sahaja...KECUALI!!! kalau agak-agak anda ni anak menteri atau anak wakil rakyat atau anda sendiri ada 'kabel' besar di KPM..anda mungkin boleh dapatkan kawasan penempatan yang anda inginkan..samaada sekolah seberang rumah atau 100meter dari rumah atau lebih dekat lagi, sebelah longkang rumah anda..TAPI!!bukan senang tukar penempatan ni tau..leceh + menyusahkan banyak pihak..kalau nak tukar dalam negeri yang sama, anda perlu mencari rakan yang nak rukar suka sama suka dengan anda.kalau nak tukar ke negeri lain..saya tak pasti macam mana..

Dan kenapa IPG saya tahu penempatan lebih awal adalah kerana IPG saya tak cuti pon minggu  baru2 ni..sebab kami habiskan semua taklimat jQAF dari hari Jumaat(28 Jan) sebelum nya dan disambung pada Isnin hingga Rabu(31 Jan - 2 Feb) minggu berikutnya....IPG yang lain, semuanya bercuti seminggu kan..jadi sebab tu lah saya tahu lebih awal dari IPG lain..dan pelajar KPLI jQAF IPG Raja Melewar mula bercuti dari 3Feb hingga 13 Feb...cuti yang lebih lama berbanding dengan IPG lain..tu yang syokkk tu..
Setelah di 'google map' kan lokasi Gemas
Ok, untuk pengetahuan semua..saya telah ditempatkan di SEKOLAH KEBANGSAAN KEM SYED SIRAJUDDIN, GEMAS NEGERI SEMBILAN...saya sendiri pon tak tahu celah mana sekolah tu..Gemas pon saya tak pernah sampai..dan abah ajak saya ke sana minggu depan..nak survey rumah dan tempat di sana..

Jadi, dikesempatan ini, saya ucapkan selamat mengajar kepada semua kawan-kawan yang akan sama-sama melapor diri di sekolah masing-masing pada 14 Februari 2011nanti..ikhlaskan diri kita untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan ni ye..:))

SEKIAN..:))



Ok..sekarang saya

2 comments:

shadowz said...

selamat mengajar... Gemas tu kampung saya tuh. hehehe

aisyah ahmad said...

Thanks shadowz!!

ooo..kampung shadowz pon kat gemas ke?seronok...seronokkk..:))

Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: