Monday, February 14, 2011

Langsing Secara Mudah & Sihat

Salam 4 all..

Entah macam mana, saya yang tak berapa suka membaca ni...terbaca pulak Majalah Harmoni, Keluaran 1-15 Februari 2011, Bil 152..dan saya rasa tertarik kat bahagian Diet & Anda tu tau..topik dia.."Langsing Secara Mudah & Sihat"..jom kita kongsi sama-sama ye..

Menurut buku tu..kita MESTILAH...

1. Hentikan diet melulu
Anda dan individu di sekeliling anda adalah berbeza.  Jadi jangan meniru cara diet orang lain sebab kalau salah cara, berat badan anda mungkin akan bertambah sebab anda akan makan dengan cara yang salah berbanding apa yang diperlukan oleh tubuh anda.  Amalkan program diet secara berterusan dengan pola pemakanan yang tepat.  Diet seiring dengan senaman akan membantu membakar lemak dengan lebih cepat.

2. Makan sikit-sikit
Terdapat kajian yang menunjukkan semua orang akan terdorong untuk menghabiskan makanan dalam pinggan mereka sama ada ketika lapar atau tidak.  Jika anda makan empat kali sehari dengan hidangan memenuhi pinggan, kalori yang masuk ke dalam badan anda pastinya tinggi.  Makan secara kerap tidak salah tetapi anda haruslah bijak untuk mengawal kuantitinya.  Anda boleh makan enam kali sehari tetapi gunakan piring yang lebih kecil bagi mengelakkan anda makan secara berlebihan.

3. Mudah dengan diet atkins
Diet atkin atau diet tanpa gula adalah cara yang agak berkesan untuk mendapatkan tubuh yang langsing.  Diet seperti ini amat mudah untuk diikuti kerana anda hanya perlu untuk menghadkan jumlah gula dalam pemakanan.  Jauhi minuman berkabonat, minuman kordial dan susu pekat manis.

4. Beli pakaian lebih kecil
Jika alat penimbang kurang membantu untuk memberi motivasi kepada anda, apa kata anda jadikan baju atau seluar yang lebih kecil sebagai gantinya.  Beli pakain yang lebih kecil misalnya, saiz M untuk dijadikan pendorong semangat anda.  Amalkan diet secara perlahan-lahan sehingga anda berjaya menyarungkan pakaian tersebut kepada tubuh anda.  Namun jangan terlalu memaksa diri, sebaliknya rujuk program diet yang bersesuaian dengan diri anda.

5. Makan salad
Menjadikan salad makanan wajib setiap hari merupakan amalan pemakanan yang sihat.  Tapi jangan pulak ditambah dengan mayonis atau pon sebarang sos, sebab ianya akan mencacatkan program diet anda.

6. Gantikan dengan buah-buahan
Sekiranya anda ni penggemar kudapan atau snek yang tidak berkhasiat, anda ganti kan itu semua dengan buah-buahan.  Pengambilan buah-buahan atau sayuran secara kerap dapat mengelakkan serangan jantung dan kanser.

7. Awas jika berat turun mendadak
Penurunan secara mendadak tidak baik untuk kesihatan kerana berkemungkinan akan mendatangkan kesan buruk terhadap organ dalaman seperti hati dan ginjal.

Rancang program diet secara berkala supaya penurunan berat badan berlaku secara berperingkat...Selamat Berdiet!!:))

Ehem ehem...

Sebenarnya, saya baru aje lepas 'mengerjakan' pizza yang bersaiz 'large' dengan adik-adik saya..dan yang menarik nya, sekarang sudah pukul 11.30 MALAM..dan untuk pengetahuan semua..dari 5 tahun lepas saya berazam untuk mengecikkan badan ni ha..tapi sampai sekarang masih tak berhasil..;p

9 comments:

shahzik said...

huhu .. kalu pkai saiz baju yg kecik skt .. nnt kantoi lemak la plak .. hehehe .. :D

ShafiqIzwan said...

whoah. pizza saiz large tuh. haha. btw kalau pakai baju ketat2 takut rimas plak karang. hehe.

sekamar rindu said...

salam..

nice info....))

folo ur blog...91**

aisyah ahmad said...

terima kasih sekamar rindu..i'll follow u back!!:)

aisyah ahmad said...

shahzik: hehe..pakai duk umah jekk..tak ape..

Shafiqizwan: hhehe..nak wat cam ne..mmg hobi makan..hehe..tu la pasl..rimas kan kalo pakai ketat2..macam sarong nangke..huhu

hanani said...

info yang bagus... :)

Entri Terkini: Mee Kari yang meletop..FUHH!!!

aisyah ahmad said...

hanani:tq hanani!!:)..wahh..best2..nak makan mee kari la..yummyy!!:))

KUREKURE COMEL said...

mina slalu beli baju kecik2...
tbe2 je blh muat...suke2...hehehe

KUREKURE COMEL said...

mina slalu beli baju kecik2...
tbe2 je blh muat...suke2...hehehe

Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: