Saturday, February 26, 2011

Nak Buat GA boleh??

Salam 4 all..

Saya pernah berangan nak buat GA bila follower saya sampai kepada angka 100..dan disebab kan saya tidak mahu digelar sebagai 'Minah Jenin' hanya sekadar berangan semata..saya nak sangat merialisasikan angan-angan saya ni..tapi sebelum tu..saya rasa saya perlu mintak pendapat orang lain kan..boleh tak tolong berikan pendapat korang..

Senang aje..pilih jawapan dibawah:

A--> Buat GA
B--> Buat GA
C--> Buat GA
D--> Buat GA

Nak mintak korang tulun pilih SATU jawapan sahaja..boleh kan?;p

p/s:saya masih waras..

SEKIAN;))

Thursday, February 24, 2011

Tips Menulis Blog

Salam 4 all..
"Ecececehhhh..ade hati pulak nak bagi tips kat orang..macam lah blog die bagus sangat!! Follower pon tak sampai seratus!!piiiraaahhhh!!!"
Suka nya saya berfikiran negatif kan..tapi tak apa lah..sekurang-kurangnya ia mungkin membantu saya untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.:)

Saya nak berkongsi sikit tentang Tip Menulis Blog (Ini Versi Saya):

1. Idea : Ni lah perkara utama dalam menulis blog..kalau agak-agak kita rasa tak ada idea untuk menulis..jangan sesekali mengupdate  blog..kerana entry kita itu akan menjadi seperti 'sampah'..dan jangan paksa otak kita untuk mengeluarkan idea..

2. Syok Sendiri : Ini memang banyak berlaku...jadi..apa yang perlu kita lakukan adalah, letakkan diri kita sebagai readers..kita preview dulu entry kita sebelum post..dan baca dulu entry tu..kalau kita sendiri pon meluat nak membacanya...jangan segan silu..terus lah delete entry kita tu dan cari lah idea lain ye..

3. Kerap update : Kekerapan kita mengupdate blog ni pon antara faktor orang suka pergi ke blog kita..TAPI..ingat..jangan terlalu kerap..contohnya..Sehari sampai 10 Entry..bukan sahaja ianya memenatkan jari kita menaip..malahan orang pon naik bosan membacanya..dan akan berlakulah perkara no.2 di atas..Kita sendiri pon..kalau pergi ke blog orang..rajin ke kita nak baca older post die??tak kan..KECUALI kalau blog itu betol-betol kebaboowwww....

4. Penggunaan Bahasa : Elakkan dari menggunakan 'bahasa sms'..sebab kita kena ingat..menulis sms dan menulis blog adalah 2 perkara yang sangat berbeza...sms hanya akan dibaca oleh penerima manakala blog pula akan dibaca oleh perlbagai peringkat umur...saya bagi contoh..orang tua seperti saya kadang-kadang kena ulang baca sampai 3 kali untuk fahamkan apa yang blogger tu tulis sebab bahasa yang digunakan terlalu ringkas, pelik dan 'unik'..jadi, gunalah bahasa yang boleh difahami oleh semua kerana takut perkara no.2 berlaku kepada kita...Elakkan penggunaan Bahasa Inggeris jika kita kurenggg pandai..iyee..betol..belajar dari kesilapan..tapi, saya cuma risaukan..apa yang kita nak sampaikan tu, orang tak boleh nak faham..Jadi, saya nasihatkan..gunakanlah Bahasa Kebangsaan kita..:)

5. Pemilihan Warna : Ini penting sebab ianya akan menarik minat orang membaca blog kita...elakkan memilih kombinasi warna yang pelik..kerana ianya akan menyukarkan readers untuk membaca blog kita...
Ini adalah yang dikatakan kombinasi warna pelik:

Distracting Color!!!
6. Kredit : Tolong ambil perhatian bahagian ini!!ini sangat..sangat..sangat penting!!terutama kepada mereka-mereka yang sangat suka 'copy-paste' artikel orang lain..TOLONG lah letakkan kredit..sebab kita sendiri pon marah kalau orang curi hasil kerja kita dan langsung tak hargai kita kan..

Cukup dulu setakat ni ye..kalau saya rajin, saya buat episod ke 2 pulak ye..dan saya mintak maaf andai ada yang tak suka dengan tips saya ni..saya hanya sekadar ingin berkongsi..:)

SEKIAN:))

Wednesday, February 23, 2011

Panduan Pelaksanaan j-QAF

Salam 4 all

Saya nak share link untuk guru-guru j-QAF buat rujukan mengenai Panduan Pelaksanaan Model P&P j-QAF..jadi..guru-guru j-QAF yang terlibat, boleh lah klik di link bawah ni ye:


P/S : Saya plan untuk tambahkan satu lagi page dalam blog saya ni..iaitu page j-QAF..niat saya, cuma untuk berkongsi maklumat-maklumat mengenai j-QAF dengan guru-guru j-QAF di Malaysia..semoga terlaksana..:))

SEKIAN..

Selamat Pagi Cekgu!!

Salam 4 all..

1. Ada 2 bijik jerawat batu naik di muka
2. Tadi..terdetik nak tukar blog title kepada "Diari Seorang Guru"..tapi jangan risau..tak jadi tukar, sebab rasa macam poyoss sangat jek..dan nampak seperti terlebih mengada-ngada...Jadi, saya kekalkan Belog Aisyah Ahmad yek..maklom lah..orang giler gelemer..memang macam ni..;p
3. Tiada nombor tiga.ngeh..ngeh..ngeh..
Yang kat atas tu, memang tak ada kena mengena dengan entry kali ni..harap faham dan maklum yek..TAPI..yang bawah ni..ada kena mengena..:))


Pertama sekali..mintak maaf yek, sebab semenjak 2 menjak ni, saya asyik cerita pasal sekolah aje..dan jangan lah meluat untuk membaca nya..tapi kalau meluat jugak..diam-diam sudah le..:))

21 Februari 2011 adalah tarikh saya melaporkan diri di SK Gedok dan saya sampai di sekolah pada pukul 12.30Tghari..saya lambat sebab saya pergi JPNS kat Seremban dulu..ambil surat penempatan...dan jangan tak tahu, mak abah saya pon hantar saya..maknanya, 2 bijik kereta sekali pergi...macam nak hantar budak derjah 1 masuk sekolah kan.;p

Sampai sahaja di sekolah..terus saya pergi ke Pejabat, dan Cekgu-Cekgu dan staff SK Gedok sangat lah baik hati..dalam hati saya ni..syukur nye lah..bertuah rasanya dapat mengajar di sini.  Yang buat kan lagi best tu, bila guru besar kata yang SK Gedok ni..adalah SKM (Sekolah Kurang Murid)..saya lagi lah seronok...rasa nak melompat...alhamdulillah..doa saya termakbul lagi..:)...

Jumlah Guru : 15 orang (Termasuk saya)
Jumlah Pelajar: 106 orang
Pelajar Lelaki: 53 orang
Pelajar Perempuan: 53 orang

Setiap darjah cuma ada satu kelas dan kelas yang mempunyai pelajar paling ramai kalau tak silap saya..Darjah 3..20 orang..ramai ke???;p

Minggu pertama ni, saya tak masuk kelas lagi..sebab masih dalam Minggu Orientasi Sekolah (MOS)..Jadi, hari ni, Guru Besar bagi saya Buku RPP dan Jadual waktu saya..Guru Jqaf yang dah sedia ada cuma 1 orang aje..dan ustazah tu baik sangat...dia bagi semua rancangan mengajar tahunan dari darjah 1 hingga 4 dan jugak buku teks..alhamdulillah...setakat ni...semua berjalan lancar...

Cuma....masalah nye sekarang..saya masih belum dapat rumah sewa..:(..
Sekarang ni, saya menumpang di rumah GPK 1(Kak Rad)  yang sangat baekkkk hati...sudah lah Kak Rad bagi saya tumpang rumah dia...diberi nya pulak saya tidor di bilik pengantin..iyee...saya tak tipu..anak Kak Rad Baru nikah bulkan 12 tahun lepas..bilik ni cantik sangat dan sangat2 selesa di sini..bilik nye ala2 English Style gitu..haaaa...mmg liat le saya nak bangun pagi..

*dulu..6.45pagi still golek2 atas katil..tapi sekarang...6.45pagi saya dah ada di atas jalan raya..nak pergi sekolah..hehe

SEKIAN..:))

Isu 'Salam'

Salam 4 all..

Tadi saya duk baca share link dari member facebook saya..alal..pasal 'Salam' ni la..dah lama dah isu ni..dan macam-macam dah orang cakap..Apapon..kita kena ingat..Islam tu mudah dan fleksibel..Setiap apa yang kita buat..semua bergantung pada niat kita..:)

Seterusnya..saya betol2 copy paste dari page itu..:-


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.  (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Komen daripada Mohd Fadli Yusof: Silakan share untuk kebaikan, perkataan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" itu bukan perkataan Ustaz Zawawi. Penulis note hanya pinjam kata-kata Ustaz Zawawi berkenaan cara-cara yang betul memberi salam. Perkara ini dah tersebar di blog-blog juga.

Officially posted by Ustaz Mohd Fadli Yusof on Monday, 21 February 2011 at 11:55
 Click: [Share]

p/s: len kali klau dah dpt satu2 artikel tu,.cek dulu kesahihannya..jgn men redah je


OK..sampai sini saya copy dan paste artikel di atas di blog saya..sekadar untuk perkongsian..:)

SEKIAN:))

Saturday, February 19, 2011

Apo kono ea jang!!

Salam 4 all..

Alasan saya lama tak update blog :
1- Intenet Lembap.
2- Internet Lembap.
3- Internet Lembap.

OK..sekarang ni..kondisi saya adalah sangat pening + kelam kelibut..mana tak nya..2 hari lepas, lappy ini telah di 'format' dan semua dokumen hilang..semua ok!!termasuk segala gambar-gambar saya.memang tension la..rasa nak campak jek lappy ini ke Sungai Pahang depan rumah saya ni ha..lepas tu pulak..last minute saya dapat tahu yang penempatan saya bertukar pulak..bukan lagi di SK Kem Syed Sirajuddin...tapi telah ditempatkan di SK Gedok...nak menangis saya rasa...bayang kan lah..saya dah cari rumah sewa..sekolah pon saya dah pergi tengok..tup tup..tukar baru pulak...pening dah otak saya memikir..mana nak cari rumah lagi..lepas tu..jalan mana saya nak redah untuk sampai ke sekolah...dan macam-macam lagi lah perkara yang saya perlu fikir..Isnin pagi saya kena pergi JPNS untuk ambil surat penempatan..lepas tu terus terbang mencari SK Gedok..mudah-mudahan ALLAH permudahkan urusan saya..doakan ye..

SEKIAN..

Monday, February 14, 2011

Langsing Secara Mudah & Sihat

Salam 4 all..

Entah macam mana, saya yang tak berapa suka membaca ni...terbaca pulak Majalah Harmoni, Keluaran 1-15 Februari 2011, Bil 152..dan saya rasa tertarik kat bahagian Diet & Anda tu tau..topik dia.."Langsing Secara Mudah & Sihat"..jom kita kongsi sama-sama ye..

Menurut buku tu..kita MESTILAH...

1. Hentikan diet melulu
Anda dan individu di sekeliling anda adalah berbeza.  Jadi jangan meniru cara diet orang lain sebab kalau salah cara, berat badan anda mungkin akan bertambah sebab anda akan makan dengan cara yang salah berbanding apa yang diperlukan oleh tubuh anda.  Amalkan program diet secara berterusan dengan pola pemakanan yang tepat.  Diet seiring dengan senaman akan membantu membakar lemak dengan lebih cepat.

2. Makan sikit-sikit
Terdapat kajian yang menunjukkan semua orang akan terdorong untuk menghabiskan makanan dalam pinggan mereka sama ada ketika lapar atau tidak.  Jika anda makan empat kali sehari dengan hidangan memenuhi pinggan, kalori yang masuk ke dalam badan anda pastinya tinggi.  Makan secara kerap tidak salah tetapi anda haruslah bijak untuk mengawal kuantitinya.  Anda boleh makan enam kali sehari tetapi gunakan piring yang lebih kecil bagi mengelakkan anda makan secara berlebihan.

3. Mudah dengan diet atkins
Diet atkin atau diet tanpa gula adalah cara yang agak berkesan untuk mendapatkan tubuh yang langsing.  Diet seperti ini amat mudah untuk diikuti kerana anda hanya perlu untuk menghadkan jumlah gula dalam pemakanan.  Jauhi minuman berkabonat, minuman kordial dan susu pekat manis.

4. Beli pakaian lebih kecil
Jika alat penimbang kurang membantu untuk memberi motivasi kepada anda, apa kata anda jadikan baju atau seluar yang lebih kecil sebagai gantinya.  Beli pakain yang lebih kecil misalnya, saiz M untuk dijadikan pendorong semangat anda.  Amalkan diet secara perlahan-lahan sehingga anda berjaya menyarungkan pakaian tersebut kepada tubuh anda.  Namun jangan terlalu memaksa diri, sebaliknya rujuk program diet yang bersesuaian dengan diri anda.

5. Makan salad
Menjadikan salad makanan wajib setiap hari merupakan amalan pemakanan yang sihat.  Tapi jangan pulak ditambah dengan mayonis atau pon sebarang sos, sebab ianya akan mencacatkan program diet anda.

6. Gantikan dengan buah-buahan
Sekiranya anda ni penggemar kudapan atau snek yang tidak berkhasiat, anda ganti kan itu semua dengan buah-buahan.  Pengambilan buah-buahan atau sayuran secara kerap dapat mengelakkan serangan jantung dan kanser.

7. Awas jika berat turun mendadak
Penurunan secara mendadak tidak baik untuk kesihatan kerana berkemungkinan akan mendatangkan kesan buruk terhadap organ dalaman seperti hati dan ginjal.

Rancang program diet secara berkala supaya penurunan berat badan berlaku secara berperingkat...Selamat Berdiet!!:))

Ehem ehem...

Sebenarnya, saya baru aje lepas 'mengerjakan' pizza yang bersaiz 'large' dengan adik-adik saya..dan yang menarik nya, sekarang sudah pukul 11.30 MALAM..dan untuk pengetahuan semua..dari 5 tahun lepas saya berazam untuk mengecikkan badan ni ha..tapi sampai sekarang masih tak berhasil..;p

Monday, February 7, 2011

Cerita Tudung

Salam 4 all..

p/s: entry kali ni mungkin kurang diminati kaum adam sebab korang tak pakai tudung kan..;p..tapi tak salah baca untuk tahu kan..:))

Saya rasa bukan saya sorang aje yang perasan..korang-korang pon perasan kan..zaman sekarang ni..macam-macam 'pesen' tudung yang dah ada kat pasaran..sepanjang ingatan saya hidup ni..saya dah lalui banyak zaman peralihan dari 'pesen' tudung ini ke 'pesen' tudung itu..tudung bawal, tudung 3 rm10, tudung turki, tudung labuh, shawl, tudung bienda, tudung ina naim, tudung ariani, tudung rozita che wan(bila masa pulak mak cik ni betudung?..;p) tudung syria, dan macam-macam lagi lah..dan yang saya pernah pakai tak semua pon..tapi sekarang ni, saya lagi senang pakai tudung syria tu...bukan apa, tudung tu...senang nak pakai..dan kadang-kadang tu, tak payah iron pon tak apa..dan paling penting tudung syria sangat senang nak di mix n match kan warna inner nya dan tudung luar nya..

Dan tudung syria ni pulak banyak plak cutting nya...jadi, kita kena lah pandai pilih cutting yang sesuai dan yang paling penting, jenis fabrik yang di gunakan..supaya kita selesa memakainya dan ingat ye..kalau salah pilih jenis fabrik..ianya boleh membuatkan muka korang nampak macam jambatan tak siap bulat macam cendawan butang..;p..saya ada lebih dari 50 helai tudung syria di rumah..jumlah tu tak banyak..sebab di rumah saya ada 3 orang anak dara + mak ...dan kat sini saya nak tunjukkan antara jenis-jenis tudung syria yang ada dalam koleksi 'gerobok' rumah saya..:))



Yang warna pink ala2 purple ni, saya tak suka potongan dia..tapi, kain dia best untuk dipakai..warna nya pon cantik tau..inner dia berwarna contra dari tudung dia ni..tu yang membuatkan dia lagi cantik..boleh didapati di ARZU Midvalley atau KLCC..harga nya saya tak ingat..sebab ni adik saya yang beli..tapi tak sampai seratus hengget la..


Tudung biru ni pulak, saya beli di Jalan TAR aje..harganya RM16.00...saya suka fabrik dan potongan tudung ni..sebab bila pakai, dia memang terletak kat atas bahu kita..harga tu tak termasuk inner nya..


Yang ini pon best untuk dipakai..cuba korang tengok awning dia..lembik kan..mesti korang ingat tudung ni susah nak 'jadi' bila dipakai..korang silap..tudung ni..bila sarung aje kat kepala..terus ikut bentuk muka kita..terus melekat gitu..kemas aje bila pakai..tak percaya??sila lah cari ANGGERIK AVENUE yang berhampiran dengan anda untuk membelinya..harganya, ikut saiz tudung ye...


Ini pulak tudung yang saya baru beli..saya suka sangat potongan nya dan jenis fabrik..tudung syria yang ini memang labuh jika berbanding dengan koleksi-koleksi syria yang saya ada..


Tengok ni..saya bandingkan saiz tudung syria yang biasa dengan tudung syria yang bersaiz XL tu..jauh bezanya kan..so, ianya menutup apa yang patut ditutup ok..:))


Susah tau nak cari tudung syria bersaiz XL...saya memikirkan ianya sangat sesuai untuk saya pakai ke sekolah..jadi saya telah merembat 6 helai tudung ni yang bersaiz XL ni..jangan marah ye..perempuan memang macam ni..:))

muka model terpaksa di blurkan..;p
Sekarang...korang nampak tak..kelabuhan tudung syria saya ni..sangat 'selamat' untuk dipakai..jadi..kalau berminat nak beli..boleh lah ke Kiosk tudung kat dalam Giant Nilai..harganya..murah saje..RM35.00...:))

Seperti yang wanita-wanita sudah maklum..tudung syria amat mudah didapati di mana-mana..tapi.untuk mereka yang agak-agak nak tudung syria atau tudung-tudung yang ok sikit..boleh lah ke:

1. ARZU, KLCC atau Midvalley
2. Ariani 
3. Najjah (sila klik sini)
4. Anggerik Avenue (sila klik sini)

p/s: macam-macam jenis tudung dah yang keluar...tapi anak tudung tetap segala-galanya..;p

Saturday, February 5, 2011

Selamat Mengajar!!

Salam 4 all..

Saya nak bagi tahu ni..yang saya dah dapat penempatan untuk mengajar tau..ramai kawan-kawan yang konpius..kenapa saya tahu awal di mana penempatan saya..sebab saya dapat mesej macam-macam..antaranya:

"kak aisyah..dah boleh tahu result penempatan ke??ada kat internet ye?"

"aisyah..macam mana awak tahu penempatan awak?kitorang tak tahu pun lagi.."

ok..sekarang..saya boleh jawab ikut apa yang saya tahu ye..

Lain IPG, lain caranya..dan biasanya, pelajar akan ditempatkan di negeri di mana IPG itu berada..contohnya, macam saya pelajar IPG Raja Melewar, Negeri Sembilan, jadi saya ditempatkan di sekolah rendah kawasan Negeri Sembilan sahaja...KECUALI!!! kalau agak-agak anda ni anak menteri atau anak wakil rakyat atau anda sendiri ada 'kabel' besar di KPM..anda mungkin boleh dapatkan kawasan penempatan yang anda inginkan..samaada sekolah seberang rumah atau 100meter dari rumah atau lebih dekat lagi, sebelah longkang rumah anda..TAPI!!bukan senang tukar penempatan ni tau..leceh + menyusahkan banyak pihak..kalau nak tukar dalam negeri yang sama, anda perlu mencari rakan yang nak rukar suka sama suka dengan anda.kalau nak tukar ke negeri lain..saya tak pasti macam mana..

Dan kenapa IPG saya tahu penempatan lebih awal adalah kerana IPG saya tak cuti pon minggu  baru2 ni..sebab kami habiskan semua taklimat jQAF dari hari Jumaat(28 Jan) sebelum nya dan disambung pada Isnin hingga Rabu(31 Jan - 2 Feb) minggu berikutnya....IPG yang lain, semuanya bercuti seminggu kan..jadi sebab tu lah saya tahu lebih awal dari IPG lain..dan pelajar KPLI jQAF IPG Raja Melewar mula bercuti dari 3Feb hingga 13 Feb...cuti yang lebih lama berbanding dengan IPG lain..tu yang syokkk tu..
Setelah di 'google map' kan lokasi Gemas
Ok, untuk pengetahuan semua..saya telah ditempatkan di SEKOLAH KEBANGSAAN KEM SYED SIRAJUDDIN, GEMAS NEGERI SEMBILAN...saya sendiri pon tak tahu celah mana sekolah tu..Gemas pon saya tak pernah sampai..dan abah ajak saya ke sana minggu depan..nak survey rumah dan tempat di sana..

Jadi, dikesempatan ini, saya ucapkan selamat mengajar kepada semua kawan-kawan yang akan sama-sama melapor diri di sekolah masing-masing pada 14 Februari 2011nanti..ikhlaskan diri kita untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan ni ye..:))

SEKIAN..:))



Ok..sekarang saya

Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: