Thursday, May 6, 2010

Sila Jangan Bermarah2

ohh..sangat buruk bewajah begini...

Salam 4 all...saya bukak fesbuk..dan nampak ini kat status ustaz saya...dan saya copy la...renung2 kan dan selamat beramal...~pesanan utk diri sendiri yang sangat hot temper..


Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya.


Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun.


Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” 
[ Hadith riwayat Abu Dawud]
ohh..sangat cantekkk berwajah begini..so..sile jangan mudah marah macam saya ye..:))

SEKIAN..:))

3 comments:

Kehelan said...
This comment has been removed by the author.
Hana Ayra said...

ssh nak kwl mrh ni...huhu

aisyah ahmad said...

betol tu hana...menda paling susah nak buat...tapi..kena buat jugak..sbb tak jadi kawan si setan...same2 kite kawal marah kir=te ye..

Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: