Saturday, February 27, 2010

Berbagi Suami

Salam 4 all..

Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:

" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

saya baru aje lepas menonton citer berbagi suami...tapi tengok tak abes pon...cerita ni..cerita indonesia..tak bezaman da pon cerita ni...tapi maklom la..saya ni kan selalu aje ketinggan zaman kalau bab2 movie ni..hehhe...hurmm..jalan cerita nya menarik...bagi saya, sangat kreatif org yang wat cerita ni...dalam cerita ni..dia wat perbandingan hidup berpoligami antara 2 golongan yang taraf hidupnye berbeza..orang kaya yang tinggal di bungalow dan jugak org yang tak kaya yang tinggal di rumah setingan...

Saya tidak menentang dan tidak pernah berniat untuk menidakkan poligami kerana siapalah saya untuk menentang hukum ALLAH yang menghalalkan poligami...cuma saya cukup sedih dgn cara umat sekarang berpoligami..terutama di malaysia...saya tgk..orang sekarang berpoligami sbb ikutkan nafsu serakah...

alasan yang diberikan oleh lelaki adalah sama..iaitu..

"...abang nak elakkan zina...sbb tu abang kawen lagi..."

ye..betol la tu...elok la niat nye tu..tapi kenape setelah berkahwin...tak dijaga isteri2 tu elok2??kenapa isteri2 yang dulunya tak bertudung dan berpakaian tak cukup kain tidak dicukupkan kainnya??kenapa isteri2 yang dulunya tidak reti solat dan membaca al-Quran tidak didik sehingga pandai...itu kan tanggungjawab seorang suami...tugas suami bukan hanya berikan nafkah zahir dan batin kepada isteri2...tapi didik lah isteri2 dan anak2 untuk mengenal Islam...

saya tidak menghalang sesiapa sahaja bernama lelaki untuk menambah koleksi isteri...tapi sebelum tu..tolong fikirkan perkara2 di bawah:

-Mampukan aku untuk berlaku adil dari segala aspek??
-bersediakah aku untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada??
-boleh atau tidak aku meng'handle' 2 @ lebih keluarga dalam sesuatu masa??
-bagaimana penerimaan Isteri pertama ku yang selama ini besusah payah dgn ku??
-bagaimana penerimaan anak2 ku terhadap 'mak tiri' mereka??
-betul ke tindakan aku ni??atau ikutkan nafsu semata2 ??
-adakah benar niatku utk mengahwini isteri kedua ini kerana ALLAH atau kerana lain??
-mampukah aku untuk menjadi pemimpin yang baik utk isteri2 ku?

jika anda boleh menjawab persolan di atas dgn positifnya...maka..sila lah ke pejabat agama untuk ambil borang...TETAPI..jika jawapannya pelik+confuse...sila lah fikirkan kembali...ape2 pon..istikharah dulu..sblm buat keputusan..poligami melibatkan banyak hati yg akan terguris...


Sekian..Terima Kasih..




No comments:

Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: