Sunday, February 8, 2009

ALLAH sentiasa ada..ketahuilah..

Ketahuilah Olehmu
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya
sia-sia...
Allah swt tahu betapa keras engkau berusaha

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah swt telah menghitung airmatamu

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa
berlalu begitu sahaja ...
Allah swt selalu berada disampingmu

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi...
Allah swt punya jawapannya..

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
Allah swt dapat menenangkanmu

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah swt sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau ingin mengucap syukur...
Allah swt telah memberkatimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah swt telah tersenyum padamu

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...

Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap
ALLAH SWT TAHU....

No comments:

Lepas Follow, Tinggalkan Link Anda Di Sini Pulak Ye: